Tutorial Semakan CCRIS Online Melalui Sistem eCCRIS BNM

Untuk makluman, anda kini boleh membuat semakan CCRIS online melalui sistem terbaru yang dilancarkan Bank Negara Malaysia iaitu eCCRIS.

Namun, anda perlu mendaftar di mana-mana cawangan AKPK atau di Pejabat BNM bagi mendapatkan nombor PIN yang akan digunakan ketika proses pendaftaran eCCRIS.

Pastikan anda baca juga: Semakan Wang Tak Dituntut Online eGUMIS

SEMAKAN CCRIS ONLINE

Rekod CCRIS yang baik amat penting untuk memudahkan anda mendapat sebarang jenis pinjaman terutama pinjaman perumahan atau pinjaman perniagaan.

CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.

CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjamseperti tanggapan sesetengah pihak.

BNM kini melancarkan sistem eCCRIS bagi memudahkan pengguna menyemak dahulu rekod CCRIS milik sendiri sebelum memohon pinjaman.

ECCRIS BANK NEGARA MALAYSIA

Berikut adalah tutorial bergambar cara menggunakan eCCRIS untuk membuat semakan CCRIS online. Tutorial ini adalah yang rasmi dari BNM.

Perhatian! Pastikan anda mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur/Pejabat BNM/Cawangan AKPK dan sudah menerima PIN yang dihantar ke telefon mudah alih sebelum membolehkan anda log masuk ke sistem eCCRIS.

CARA DAFTAR ECCRIS

1. Layari https://eccris.bnm.gov.my/ kemudian klik “Log Masuk Kali Pertama”

2. Pada laman “Log Masuk Kali Pertama”

  • Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
  • Isi maklumat Nombor ID (12 digit MyKad/nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
  • Isi Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)
  • Klik butang “Hantar”

3. Tetapkan ID Pengguna/Kata Laluan

  • Masukkan ID Pengguna anda untuk mengakses eCCRIS, alamat e-mel yang digunakan dan tukar Kata Laluan [panjang kata laluan hendaklah mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan karakter istimewa ”~!@#$%^&*()_+”
  • Klik butang “Hantar”

4. Pada skrin “Tetapan Keselamatan”

  • Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
  • Klik butang “Hantar”

CARA DAPATKAN LAPORAN CCRIS ONLINE

1. Log masuk eCCRIS anda

2. Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih “CARIAN”, kemudian klik “Carian Sendiri – Individu”

3. Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”

4. Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”

5. Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut

6. Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri

Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti berikut:

  • Tarikh carian laporan (contoh: 30Oct2018, 10Feb2018)
  • Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Hanafi)
  • Contoh: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han

Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka laporan. Anda memerlukan perisian yang boleh membuka fail PDF, untuk melihat semula laporan yang telah disimpan.

Contoh: Laporan CCRIS yang telah disimpan yang dilihat semula menggunakan perisian Adobe Reader.

Untuk maklumat lanjut tentang proses pendaftaran dan membuat semakan CCRIS online sila rujuk PDF di bawah:

Untuk makluman CCRIS juga boleh disemak di pejabat AKPK . Lihat sini senarai pejabat AKPK 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: